Saya Seorang Pengguna Bijak..
Anda Bila Lagi?

Wednesday, May 19, 2010

Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang membahayakan kesihatan.Majlis perbandaran dan majlis daerah telah mewujudkan undang-undang kecil untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan menyediakan perkhidmatan seperti mengangkut sampah,memotong rumput,dan menanam serta menjaga pokok bunga.Di samping itu,Jabatan Alam Sekitar telah ditubuhkan untuk menguruskan pelbagai hal yang berkaitan kebersihan dan kesejahteraan alam sekitar.

Hak Mendapat Pendidikan Pengguna

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan untuk menjadi individu yang mempunyai maklumat serta berkebolehan untuk membuat pilihan secara waras.Sehubungan itu,pendidikan konsumerisme telah diserap kedalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah.Manakala persatuan pengguna Majlis Pengguna juga memainkan peranan dalam menyebarkan pengetahuan kepenggunaan ini melalui media cetak dan elektronik.

Hak Mendapat Ganti Rugi

Pengguna berhak menuntut ganti rugi daripada penjual juka barang yang dibeli rosak atau tidak bermutu.Pengguna juga berhak menerima pampasan sekiranya mengalami kerugian atau kecederaan akibat maklumat yang salah mengenai barang yang dibeli.Ordinan Jualan Barang-barang 1957 dan Akta Kontrak 1974 merupakan undang-undang yang membolehkan pengguna membuat tuntutan ganti rugi.Pengguna juga boleh membuat tuntutan ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna.

Hak Bersuara

Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau perwakilan.Sehubungan itu,pengguna berhak menubuhkan persatuan pengguna untuk mewujudkan perwakilan bagi menyarakan dan menuntut kepentingan mereka supaya mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan.

Hak Membuat Pilihan

Pengguna harus diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperoleh.Pengguna juga diberi penerangan dan maklumat supaya mereka dapat memilih barang dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan.

Hak Mendapat Maklumat.

Pengguna juga berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak.Pengguna hendaklah dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan,pelabelan,dan amalan lain.Akta Perihal Dagangan 1972 melarang pengeluar memberi maklumat palsu tentang keluarannya,manakala Akta Kawalan Harga 1946 mewajibkan barang dilabelkan dengan harga.

Hak Mendapat Keselamatan.

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada memprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.Sehubungan itu,SIRIM berperanan memastikan barang keluaran pengeluar menepati mutu piawaian tertentu dan selamat digunakan.Terdapat juga beberapa akta yang dikuatkuasakan untuk menjaga keselamatan pengguna seperti Akta Elektrik 1973 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Hak Mendapat Keperluan Asas

Pengguna mempunyai hak untuk mendapat barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan.keperluan asas ini termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat,pakaian,rumah,kemudahan kesihatan,pendidikan,dan sebagainya.Pengguna berhak untuk memilih dan membeli barangan ini tanpa paksaan oleh penjual pada harga yang berpatutan.

Wednesday, May 5, 2010

Ciri-Ciri Pengguna Bijak

Bagaimana anda boleh menjadi Pengguna Bijak?
Sebagai seorang pengguna, kita perlu melatih diri menjadi seorang Pengguna Bijak. Apakah ciri-ciri seorang Pengguna Bijak?


Sediakan senarai membeli-belah
Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli-belah anda. Ini akan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu menjimatkan wang anda. Mudah, kan?


Bandingkan harga.
Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain selepas melakukan pembelian anda? Anggap aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari setiap kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Pilihlah produk berkualiti


Kualiti atau harga murah? Pada kebiasaannya, kos harga produk berkualiti lebih mahal. Ini bergantung kepada produk tersebut. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti.


Pilihlah harga murah
Belilah dari peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan yang anda ingin beli. Segolongan peniaga membeli barangan mereka secara borong, untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.


Baca label - pastikan tarikh luput
Anda harus membaca label dan memastikan tarikh luput barangan sebelum membelinya. Ini untuk memastikan anda tidak membeli barangan yang tidak harus digunakan lagi. Barangan seperti susu dan roti mempunyai jangka hayat simpanan yang pendek, jadi pastikan anda membaca label pemakanan untuk mengelakkan pembaziran.


Elakkan dari membeli barangan cetak rompak!
Anda mungkin telah mendengar pesanan ini berulang kali. Membeli barangan cetak rompak merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Membeli CD audio cetak rompak adalah sama seperti mencuri dan merompak artis kesayangan anda! Anda boleh memainkan peranan besar dalam membantu membanteras kegiatan cetak rompak. Tanpa permintaan, tiada jualan.


Berhati-hati dengan taktik jualan yang tidak beretika
Peniaga yang tidak beretika seringkali mencari jalan dan cara-cara baru untuk mendapatkan wang anda. Salah satu taktik yang kerap digunakan ialah taktik 'Gores dan Menang'. Pastikan aktiviti yang dijalankan itu sah dan boleh dipercayai.
Taktik yang digunakan oleh sesetengah peniaga yang tidak beretika itu mudah saja. Anda akan disuruh untuk menggores kad dan kemungkinan besar anda akan memenangi hadiah utama! Untuk mendapatkan hadiah utama tersebut, anda perlu membayar sejumlah wang ataupun disuruh untuk membeli barangan yang tidak berkualiti.


Gunakan kad kredit dengan betul
Kad kredit memang bermanfaat, tetapi ini bergantung kepada cara anda menggunakannya. Walaupun ianya lebih selamat kerana anda tidak perlu membawa terlalu banyak wang tunai, berbelanja secara berlebihan dengan kad kredit boleh mendatangkan masalah besar! Berbelanja dengan kad kredit memang mudah, tetapi membayar balik jumlah yang digunakan agak sukar. Pastikan yang anda memang perlu menggunakan kad kredit sebelum membeli sesuatu. Seboleh-bolehnya, bayarlah secara tunai.


Berkongsi kereta ke tempat kerja!
Anda boleh menjadi Pengguna Bijak dengan berkongsi kereta ke tempat kerja. Dengan berbuat demikian anda boleh menjimatkan perbelanjaan minyak petrol kenderaan anda.
Semasa musim perayaan ramai yang ingin balik ke kampung masing-masing. Memang munasabah dan mudah sekiranya anda menggunakan pengangkutan awam! Pastikan anda menempah tiket bas ataupun keretapi seawal mungkin sebelum kehabisan.

Pengguna Bijak

"Pengguna Bijak, Menjana Ekonomi Negara”Hari Pengguna Malaysia (HPM) yang disambut pada 26 Julai setiap tahun merupakan satu usaha kerajaan dalam memupuk kesedaran kepenggunaan yang positif dikalangan rakyat Malaysia.Bersempena dengan sambutan tersebut, pelbagai aktiviti dan program telah disediakan untuk para pengguna dan juga untuk para peniaga.Pameran dan Ekspo Jualan merupakan salah satu program sempena HPM yang diadakan sebagai satu wadah Kementerian memberi pendidikan, pengetahuan kepada para pengguna disamping menganjurkan Jualan istimewa besar-besaran beberapa kategori barangan dan perkhidmatan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna.